Tuesday, 25 October 2016

Contoh kesan pergaulan bebas


KESIMPULAN PERGAULAN BEBAS

         Kesimpulannya, hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang  tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah tuhan diabaikan sebaiknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengembleng tenaga dan strategic dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil insiatif yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian, adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej, Malaysia sebagai sebuah negara islam yang terkemuka di dunia.

MEDIA MASSA

         Media massa haruslah menghapuskan lambakan imej dan mesej yang merangsang nafsu seks dalam masyarakat. Dan menghentikan eksplotasi wanita dan tema seks dalam pengiklanan dan hiburan. Media massa juga perlu mengurangkan paparan imej keganasan ditengah masyarakat. Seterusnya, ialah meningkatkan dan menyebarluaskan pendidikan dan latihan khas tentang keselamatan peribadi dan mengerakkan usaha kerjasama tetangga dalam mencegah jenayah dan meriadakan lokasi-lokasi berisiko tinggi seperti sarang-sarang penagih. Menggalakkan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga yang sihat dengan membentuk budaya dan menyediakan prasarana sosial yang sesuai.

MASYARAKAT

Masyarakat merupakan  badan  tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab menyelesaikan kemungkaran yang  membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masyarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat,mereka semua  tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain. Masyarakat perlulah menyemai semangat kejiranan yang tinggi dalam kehidupan bermasyarakat dan sentiasa mengambil berat. Contohnya pelajar-pelajar IPT yang menyewa di kawasan perumahan, masyarakat perlulah prihatin terhadap pelajar berada disekeliling dan sentiasa mengambil berat terhadap mereka.



RAKAN SEBAYA

 Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku, diakui cukup kuat. Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang  remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti disiplin dan cenderung melakukan perkara yang membawa kebaikan , secara automatic seseorang remaja tersebut akan menjadi positif.

PERANAN IBU BAPA

            Kita telah mengetahui punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi  perhatian, bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi  kasih saying yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih saying tersebut dari orang lain seperti kekasih dan rakan sebaya.

Langkah mengatasi pergaulan bebas- DIRI SENDIRI

 Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemikiran rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa dan guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.