Monday, 24 October 2016

Pandangan agama Islam mengenal pergaulan bebas

         Islam memandang berat atas kesalahan pergaulan bebas yang juga merupakan zina kerana mengundang pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Dalam Islam, zina merupakan perbuatan yang haram dan dosa besar. Firman Allah S.W.T yang bermaksud” Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah kaji dan suatu jalan yang buruk” Surah AL-ISRAK-ayat 32. Dalam hadis riwayat Balhaqi, Rasulullah s.a.w bersabda “hindarilah zina kerana ianya menimbulkan enam kesan buruk,, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan  pelakunya diazab, dihisab secara dan ketat dan kekal di neraka”.
    

      Berdasarkan ayat tersebut Islam melarang segala perlakuan seksual di luar nikah mahupun seks bebas seperti diamalkan oleh masyarakat Barat. Ini bagi menjaga kejelasan jalur keturunan manusia dan mencegah daripada terjadinya pelbagai permasalahan akibat hubungan jenis yang tidak teratur. Majoriti ulama fiqh mendefinisikan seks bebas sebagai zina. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh ulama dan cendekiawan Islam berkenaan seks sebagai zina. Imam al-Dasuki dari mazhab Maliki mentafsirkan zina sebagai persetubuhan seorang mukallaf pada faraj manusia tanpa hak milik padanya mengikut hokum dengan cara yang haram.( Paizah Haji Ismail,1991).


     Dalam Islam, seks adalah suatu yang suci, terpelihara dan menjamin keharmonian sosial. Justeru dalam islam melakukan seks di luar pernikahan adalah termasuk di dalam dosa yang besar. Ia merupakan jenayah yang membolehkan pelakunya menerima hukuman yang berat   iaitu 100 kali sebatan  kepada yang masih bujang, kerana mereka tidak mempunyai saluran yang sah untuk menyalurkan keinginan. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin akan dikenakan hukuman rejam menurut majority ulama. Hukuman ini sebagai pengajaran kepada mereka yang mencari sumber yang haram sedangkan mereka mempunyai jalan yang halal. Oleh itu, perkahwinan yang diisyaratkan oleh Islam kepada umatnya merupakan sebaik-baik jaminan untuk memelihara akhlak dan menjaga pandangan serta memelihara kehormatan diri.

No comments:

Post a Comment