Monday, 24 October 2016

PERGAULAN BEBAS (Pengenalan)


            Sejak akhir-akhir ini kes melibatkan masalah tingkah laku seksual remaja di Malaysia semakin membimbangkan. Pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks sebelum nikah semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia (Roslee Ahmad dan rakan-rakan,2008). Penularan gaya hidup barat ini menjadi ikutan dan kebanggaan generasi muda alaf baru . Apa tidaknya, hampir setiap hari di dada-dada akhbar seperti Harian Metro, Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia, kisah-kisah seperti ‘ritual seks di pantai,’ ‘pesta minum arak’, ‘gadisTop up’, ‘pengakuan gadis hilang dara’, ‘peristiwa ditangkap basah’, dan sebagainya menjadi paparan umum masyarakat. Golongan muda mudi kiri tidak lagi segan silu mendedahkan tubuh sehingga berani memaparkan aksi dalaman video klip di internet.          Persoalannya, apakah remaja dan muda mudi di Malaysia kini menganggap bahawa perbuantan terlanjur atau perzinaan sehingga dua hingga tiga kali mengandung merupakan suatu budaya biasa dan ibu bapa perlu berfikiran terbuka untuk menerimanya? Maka benarlah, pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks sebelum nikah ini yang dahulunya menjadi ‘pantang larang’ mengikut nilai tradisi dan pegangan adat Melayu yang utuh, kini telah hilang dek ditelan arus moderisasi dan kecanggihan teknologi. Hafiz Firdaus (2007) menyebut, semua ini terjadi kerana kemungkinan terdapat segelintir masyarakat  Melayu Islam Malaysia yang berpegang kepada Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam Bebas atau Islam Liberal. Justeru itu, jika penularan budaya Barat ini terus menular dari generasi kegenerasi, maka ia menjadi suatu ancaman sosial dan cabaran kepada pihak kerajaan untuk merealisasikan agenda Wawasan 2020. Ini kerana pembangunan negara yang makmur pada masa akan datang terletak dibahu golongan muda mudi seperti kata pepatah Melayu ‘pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara’.

No comments:

Post a Comment