Tuesday, 25 October 2016

Contoh kesan pergaulan bebas


KESIMPULAN PERGAULAN BEBAS

         Kesimpulannya, hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang  tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah tuhan diabaikan sebaiknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengembleng tenaga dan strategic dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil insiatif yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian, adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej, Malaysia sebagai sebuah negara islam yang terkemuka di dunia.

MEDIA MASSA

         Media massa haruslah menghapuskan lambakan imej dan mesej yang merangsang nafsu seks dalam masyarakat. Dan menghentikan eksplotasi wanita dan tema seks dalam pengiklanan dan hiburan. Media massa juga perlu mengurangkan paparan imej keganasan ditengah masyarakat. Seterusnya, ialah meningkatkan dan menyebarluaskan pendidikan dan latihan khas tentang keselamatan peribadi dan mengerakkan usaha kerjasama tetangga dalam mencegah jenayah dan meriadakan lokasi-lokasi berisiko tinggi seperti sarang-sarang penagih. Menggalakkan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga yang sihat dengan membentuk budaya dan menyediakan prasarana sosial yang sesuai.

MASYARAKAT

Masyarakat merupakan  badan  tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab menyelesaikan kemungkaran yang  membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masyarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat,mereka semua  tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain. Masyarakat perlulah menyemai semangat kejiranan yang tinggi dalam kehidupan bermasyarakat dan sentiasa mengambil berat. Contohnya pelajar-pelajar IPT yang menyewa di kawasan perumahan, masyarakat perlulah prihatin terhadap pelajar berada disekeliling dan sentiasa mengambil berat terhadap mereka.



RAKAN SEBAYA

 Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku, diakui cukup kuat. Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang  remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti disiplin dan cenderung melakukan perkara yang membawa kebaikan , secara automatic seseorang remaja tersebut akan menjadi positif.

PERANAN IBU BAPA

            Kita telah mengetahui punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi  perhatian, bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi  kasih saying yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih saying tersebut dari orang lain seperti kekasih dan rakan sebaya.

Langkah mengatasi pergaulan bebas- DIRI SENDIRI

 Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemikiran rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa dan guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

PENYEBARAN PENYAKIT-PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT

      Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan  bebas di antara lelaki dan perempuan, tidak kiralah mental atau fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Selain itu, orang yang mengamalkan seks bebas juga akan cenderung untuk mendapat penyakit seperti Hespes Genital, Siplis, Gonoroe, Klamida, Hepitis B, Genital wrats dan kanser servis. Penyakit-penyakit tersebut sangat berbahaya kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dari awal. Ia juga sangat mudah merebak dengan orang lain terutama sekali yang mengamalkan pergaulan bebas.

MENJEJASKN IMEJ NEGARA

      Kegiatan seks membawa banyak implikasi yang negatif antaranya ialah menjejaskan imej negara. Negara lain akan memandang rendah terhadap kerajaan kita kerana tidak berupaya menangani masalah sosial. Negara kita akan dianggap  negara yang lemah kerana tidak mampu menangani masalah sosial dan tanggapan bahawa pemimpin-pemimpin negara kita tidak akan mampu mengendalikan negara yang baik. Kegagalan tersebut menjadi buah mulut kepada pelancong negara jiran. Para pelabur dari luar negara juga akan ragu-ragu dan tidak berkeyakinan untuk melabur di negara kita kerana beranggapan negara kita tidak stabil disebabkan oleh masalah sosial tersebut. Oleh itu, ekonomi negara akan runtuh kerana tiadanya pusingan warga asing masuk ke dalam ekonomi negara kita.

MENJEJASKAN MASA DEPAN

    Pergaulan  bebas juga menjejaskan masa depan remaja. Masyarakat sukar menerima remaja tersebut insaf.  Ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan. Lebih buruk lagi  mereka disisihkan  atau dibuang keluarga kerana sukar menerima perbuatan mereka yang menconteng arang di muka keluarga. Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing akhirnya bunuh diri kerana tertekan dan tiada tempat bergantung. Implikasi seterusnya ialah peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi.  Kehamilan anak luar nikah menyebabkan mereka takut  untuk memikul tanggujawab yang berat lalu mencari jalan singkat dengan penguguran bayi. Tambahan pula, mereka berasa malu atas perbuantannya dan bimbang akan masa depan tercemar maka mereka memilih pembuangan bayi lerana mereka berfikiran bahawa jika mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, maka masalah mereka akan selesai. Kehamilan anak luar nikah terutamanya dalam usia remaja akan menyukarkan hidup remaja kerana mereka tiada sumber pendapatan tetap untuk menyara anak tersebut. Oleh itu, mereka memilih jalan singkat dengan menggugurkan kandungan mahupun membuang bayi di dalam lubang tandas, di dalam tong sampah dan di dalam longkang.


Kesan pergaulan bebas.-KERUNTUHAN AKHLAK

       Seks bebas menyebabkan keruntuhan akhlak kerana pelaku seks bebas akan mengingkari ajaran agama. Mereka akan mengamalkan budaya hadonisme iaitu budaya yang mementingkan keseronokan semata-mata dan mereka tidak peduli akan ajaran-ajaran agama serta mereka tidak takut dosa. Contohnya, salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks. Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakan akhlak, tingkahlaku ini juga boleh menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.

MEDIA MASSA

      Media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi ruang yang terlalu luas kepada unsure-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh negatif yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat. Media elektronik umpamanya, banyak menayangkan tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan  bercumbu-cumbuan, berpelukan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya remaja ke arah perilaku negatif. Apa yang menyedihkan ada antara adegan tersebut dilakukan oleh orang Islam yang bukan muhrim untuk memenuhi tuntutan skrip bagi sesebuah filem. Tidak semua yang dipaparkan dalam media massa itu memberikan pengajaran yang baik. Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsure-unsur lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan media ini juga mudah diperolehi. (Zulkifli Ahmad, 2006).

MASYARAKAT

      Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab  melakukan amar makruf dan juga menyelesakan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masyarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli koporat, mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain. Namun masyarakat hari ini yang kononnya ‘ tidak mahu menjaga tepi kain orang lain’ telah menyebabkan salah laku seks bebas meningkat. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri masyarakat sekeliling berlakuan tidak sopan, namun tiada sebarang tindakan diambil sama ada menegur atau member nasihat. Situasi ini mendorong seseorang melalukan apa sahaja sekalipun dikhayalak ramai kerana tiada siapa akan ambil peduli . Lebih-lebih lagi jika kurangnya memberi  semangat dan budaya kejiranan, salah laku seks semakin sukar untuk dibendung.

Monday, 24 October 2016

RAKAN SEBAYA

Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan perkara yang penting bagi remaja pada ketika ini remaja sedang berusaha untuk mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku temannya hanya supaya dia diterima oleh kelompok tersebut Berdasarkan pengalaman seorang pelatih di Rumah Bimbingan Raudhatus Sakinah yang pernah terjebak dengan perilaku seks bebas mengakui beliau sering terpengaruh dengan rakan-rakan seperti ponteng sekolah dan melepak bersama rakan-rakan. Apabila beliau sering terpengaruh dengan rakan-rakan seperti ponteng sekolah dan melepak bersama rakan-rakan. Apabila semua rakan-rakan mempunyai pasangan telah mendorong turut berpasangan yang mana akhirnya berlaku perkara terkutuk iaitu perzinaan.





INSTITUSI KELUARGA

Keluarga merupakan sebuah institusi sosial  yang  berperanan untuk mengembang dan membangunkan keturunan. Dalam hal ini, ibu bapa  berperanan menjaga, melindungi, mendidik dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun, institusi keluarga hari ini dilihat telah gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam membentuk  generasi muda yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup positif. Tetapi ibu bapa kini terlalu lepas tangan berlepas tangan dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam member perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak terjerumus dalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup masing-masing. Akhirnya, berlakunya pelbagai keruntuhan  moral  seperti lari rumah, bohsia, pelacuran, buang bayi, dan sebagainya. Walau bagaimanpun, masyarakat  hari ini kurang kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum. (Zulkifly Ahmad, 2006).


Punca berlakunya pergaulan bebas.- DIRI SENDIRI

Penyebab utama berlakunya pergaulan bebas ialah keinginan diri sendiri. Lazimnya  perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal lebih mendorong seseorang  melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut. Golongan remaja terutamanya paling  mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada unsure-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian, jiwa mereka sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak. Remaja terjerumus melakukan seks bebas kerana terlalu mengikut kehendak naluri yang  mahukan kebebasan, lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikiran. (Ahmad Redzuan, 2003.).


Pandangan agama Islam mengenal pergaulan bebas

         Islam memandang berat atas kesalahan pergaulan bebas yang juga merupakan zina kerana mengundang pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Dalam Islam, zina merupakan perbuatan yang haram dan dosa besar. Firman Allah S.W.T yang bermaksud” Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah kaji dan suatu jalan yang buruk” Surah AL-ISRAK-ayat 32. Dalam hadis riwayat Balhaqi, Rasulullah s.a.w bersabda “hindarilah zina kerana ianya menimbulkan enam kesan buruk,, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan  pelakunya diazab, dihisab secara dan ketat dan kekal di neraka”.
    

      Berdasarkan ayat tersebut Islam melarang segala perlakuan seksual di luar nikah mahupun seks bebas seperti diamalkan oleh masyarakat Barat. Ini bagi menjaga kejelasan jalur keturunan manusia dan mencegah daripada terjadinya pelbagai permasalahan akibat hubungan jenis yang tidak teratur. Majoriti ulama fiqh mendefinisikan seks bebas sebagai zina. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh ulama dan cendekiawan Islam berkenaan seks sebagai zina. Imam al-Dasuki dari mazhab Maliki mentafsirkan zina sebagai persetubuhan seorang mukallaf pada faraj manusia tanpa hak milik padanya mengikut hokum dengan cara yang haram.( Paizah Haji Ismail,1991).


     Dalam Islam, seks adalah suatu yang suci, terpelihara dan menjamin keharmonian sosial. Justeru dalam islam melakukan seks di luar pernikahan adalah termasuk di dalam dosa yang besar. Ia merupakan jenayah yang membolehkan pelakunya menerima hukuman yang berat   iaitu 100 kali sebatan  kepada yang masih bujang, kerana mereka tidak mempunyai saluran yang sah untuk menyalurkan keinginan. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin akan dikenakan hukuman rejam menurut majority ulama. Hukuman ini sebagai pengajaran kepada mereka yang mencari sumber yang haram sedangkan mereka mempunyai jalan yang halal. Oleh itu, perkahwinan yang diisyaratkan oleh Islam kepada umatnya merupakan sebaik-baik jaminan untuk memelihara akhlak dan menjaga pandangan serta memelihara kehormatan diri.

PERGAULAN BEBAS (Pengenalan)


            Sejak akhir-akhir ini kes melibatkan masalah tingkah laku seksual remaja di Malaysia semakin membimbangkan. Pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks sebelum nikah semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia (Roslee Ahmad dan rakan-rakan,2008). Penularan gaya hidup barat ini menjadi ikutan dan kebanggaan generasi muda alaf baru . Apa tidaknya, hampir setiap hari di dada-dada akhbar seperti Harian Metro, Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia, kisah-kisah seperti ‘ritual seks di pantai,’ ‘pesta minum arak’, ‘gadisTop up’, ‘pengakuan gadis hilang dara’, ‘peristiwa ditangkap basah’, dan sebagainya menjadi paparan umum masyarakat. Golongan muda mudi kiri tidak lagi segan silu mendedahkan tubuh sehingga berani memaparkan aksi dalaman video klip di internet.          Persoalannya, apakah remaja dan muda mudi di Malaysia kini menganggap bahawa perbuantan terlanjur atau perzinaan sehingga dua hingga tiga kali mengandung merupakan suatu budaya biasa dan ibu bapa perlu berfikiran terbuka untuk menerimanya? Maka benarlah, pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks sebelum nikah ini yang dahulunya menjadi ‘pantang larang’ mengikut nilai tradisi dan pegangan adat Melayu yang utuh, kini telah hilang dek ditelan arus moderisasi dan kecanggihan teknologi. Hafiz Firdaus (2007) menyebut, semua ini terjadi kerana kemungkinan terdapat segelintir masyarakat  Melayu Islam Malaysia yang berpegang kepada Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam Bebas atau Islam Liberal. Justeru itu, jika penularan budaya Barat ini terus menular dari generasi kegenerasi, maka ia menjadi suatu ancaman sosial dan cabaran kepada pihak kerajaan untuk merealisasikan agenda Wawasan 2020. Ini kerana pembangunan negara yang makmur pada masa akan datang terletak dibahu golongan muda mudi seperti kata pepatah Melayu ‘pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara’.