Tuesday, 25 October 2016
KESIMPULAN PERGAULAN BEBAS
Kesimpulannya, hati adalah punca segala
perbuatan dan sifat-sifat manusia yang
tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina
adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah tuhan
diabaikan sebaiknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya
syaitan. Pergaulan bebas lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan
bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengembleng tenaga dan strategic
dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya
ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil insiatif yang
sesuai bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian, adalah untuk mengelakkan
perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej,
Malaysia sebagai sebuah negara islam yang terkemuka di dunia.
MEDIA MASSA
Media massa haruslah menghapuskan
lambakan imej dan mesej yang merangsang nafsu seks dalam masyarakat. Dan
menghentikan eksplotasi wanita dan tema seks dalam pengiklanan dan hiburan.
Media massa juga perlu mengurangkan paparan imej keganasan ditengah masyarakat.
Seterusnya, ialah meningkatkan dan menyebarluaskan pendidikan dan latihan khas
tentang keselamatan peribadi dan mengerakkan usaha kerjasama tetangga dalam
mencegah jenayah dan meriadakan lokasi-lokasi berisiko tinggi seperti
sarang-sarang penagih. Menggalakkan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga yang
sihat dengan membentuk budaya dan menyediakan prasarana sosial yang sesuai.
MASYARAKAT
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara
langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat.
Masyarakat bertanggungjawab menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan kecil.
Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masyarakat yang lain. Tidak
kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat,mereka
semua tergolong dalam kelompok
masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik
kepada orang lain. Masyarakat perlulah menyemai semangat kejiranan yang tinggi
dalam kehidupan bermasyarakat dan sentiasa mengambil berat. Contohnya
pelajar-pelajar IPT yang menyewa di kawasan perumahan, masyarakat perlulah
prihatin terhadap pelajar berada disekeliling dan sentiasa mengambil berat
terhadap mereka.
RAKAN SEBAYA
Dalam diri remaja, pengaruh
lingkungan dalam menentukan perilaku, diakui cukup kuat. Kelompok rakan sebaya
diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya
mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka
dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai
sifat-sifat positif seperti disiplin dan cenderung melakukan perkara yang
membawa kebaikan , secara automatic seseorang remaja tersebut akan menjadi
positif.
PERANAN IBU BAPA
Kita telah mengetahui punca utama
dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan
kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini
daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi perhatian, bimbingan & kasih sayang
kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu
bapa kurang atau tidak memberi kasih saying
yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih saying tersebut dari orang
lain seperti kekasih dan rakan sebaya.
Langkah mengatasi pergaulan bebas- DIRI SENDIRI
Remaja itu sendiri perlu ada
kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemikiran
rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja.
Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu
perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa dan guru. Untuk
mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri
secara aktif dalam sukan dan kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan
dan pertubuhan bukan kerajaan.
PENYEBARAN PENYAKIT-PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT
Terdapat pelbagai penyakit yang
lahir disebabkan oleh hubungan bebas di
antara lelaki dan perempuan, tidak kiralah mental atau fizikal. Antara penyakit
tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum
ditemui sehingga ke hari ini. Selain itu, orang yang mengamalkan seks bebas
juga akan cenderung untuk mendapat penyakit seperti Hespes Genital, Siplis,
Gonoroe, Klamida, Hepitis B, Genital wrats dan kanser servis. Penyakit-penyakit
tersebut sangat berbahaya kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat
dari awal. Ia juga sangat mudah merebak dengan orang lain terutama sekali yang
mengamalkan pergaulan bebas.
MENJEJASKN IMEJ NEGARA
Kegiatan seks membawa banyak implikasi yang negatif antaranya ialah
menjejaskan imej negara. Negara lain akan memandang rendah terhadap kerajaan
kita kerana tidak berupaya menangani masalah sosial. Negara kita akan
dianggap negara yang lemah kerana tidak
mampu menangani masalah sosial dan tanggapan bahawa pemimpin-pemimpin negara
kita tidak akan mampu mengendalikan negara yang baik. Kegagalan tersebut
menjadi buah mulut kepada pelancong negara jiran. Para pelabur dari luar negara
juga akan ragu-ragu dan tidak berkeyakinan untuk melabur di negara kita kerana
beranggapan negara kita tidak stabil disebabkan oleh masalah sosial tersebut.
Oleh itu, ekonomi negara akan runtuh kerana tiadanya pusingan warga asing masuk
ke dalam ekonomi negara kita.
MENJEJASKAN MASA DEPAN
Pergaulan bebas juga
menjejaskan masa depan remaja. Masyarakat sukar menerima remaja tersebut
insaf. Ini menyebabkan masalah kesukaran
mendapat pekerjaan. Lebih buruk lagi
mereka disisihkan atau dibuang
keluarga kerana sukar menerima perbuatan mereka yang menconteng arang di muka
keluarga. Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing akhirnya bunuh
diri kerana tertekan dan tiada tempat bergantung. Implikasi seterusnya ialah
peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi.
Kehamilan anak luar nikah menyebabkan mereka takut untuk memikul tanggujawab yang berat lalu
mencari jalan singkat dengan penguguran bayi. Tambahan pula, mereka berasa malu
atas perbuantannya dan bimbang akan masa depan tercemar maka mereka memilih
pembuangan bayi lerana mereka berfikiran bahawa jika mereka menggugurkan
kandungan atau membuang bayi, maka masalah mereka akan selesai. Kehamilan anak
luar nikah terutamanya dalam usia remaja akan menyukarkan hidup remaja kerana
mereka tiada sumber pendapatan tetap untuk menyara anak tersebut. Oleh itu,
mereka memilih jalan singkat dengan menggugurkan kandungan mahupun membuang
bayi di dalam lubang tandas, di dalam tong sampah dan di dalam longkang.
Kesan pergaulan bebas.-KERUNTUHAN AKHLAK
Seks bebas menyebabkan keruntuhan
akhlak kerana pelaku seks bebas akan mengingkari ajaran agama. Mereka akan
mengamalkan budaya hadonisme iaitu budaya yang mementingkan keseronokan
semata-mata dan mereka tidak peduli akan ajaran-ajaran agama serta mereka tidak
takut dosa. Contohnya, salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah
mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para
pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh
orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak
disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks. Bagi pelajar yang kerap bersosial
dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah
terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakan akhlak, tingkahlaku ini juga
boleh menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada
berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.
MEDIA MASSA
Media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian
masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi ruang yang terlalu
luas kepada unsure-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh negatif
yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat. Media elektronik umpamanya, banyak
menayangkan tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan bercumbu-cumbuan, berpelukan dan sebagainya
yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya remaja ke arah
perilaku negatif. Apa yang menyedihkan ada antara adegan tersebut dilakukan
oleh orang Islam yang bukan muhrim untuk memenuhi tuntutan skrip bagi sesebuah
filem. Tidak semua yang dipaparkan dalam media massa itu memberikan pengajaran
yang baik. Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai
ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara
barat. Terdapat juga unsure-unsur lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah
di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam bentuk
lain-lain serta bahan media ini juga mudah diperolehi. (Zulkifli Ahmad, 2006).
MASYARAKAT
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara
langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat.
Masyarakat bertanggungjawab melakukan
amar makruf dan juga menyelesakan kemungkaran yang membabitkan
kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada
masyarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa,
peniaga-peniaga atau ahli koporat, mereka semua tergolong dalam kelompok
masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik
kepada orang lain. Namun masyarakat hari ini yang kononnya ‘ tidak mahu menjaga
tepi kain orang lain’ telah menyebabkan salah laku seks bebas meningkat.
Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri masyarakat sekeliling berlakuan
tidak sopan, namun tiada sebarang tindakan diambil sama ada menegur atau member
nasihat. Situasi ini mendorong seseorang melalukan apa sahaja sekalipun
dikhayalak ramai kerana tiada siapa akan ambil peduli . Lebih-lebih lagi jika
kurangnya memberi semangat dan budaya
kejiranan, salah laku seks semakin sukar untuk dibendung.
Monday, 24 October 2016
RAKAN SEBAYA
Remaja cenderung mencari teman yang
sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan perkara yang penting bagi remaja
pada ketika ini remaja sedang berusaha untuk mendapatkan identitinya sendiri.
Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku temannya hanya supaya dia
diterima oleh kelompok tersebut Berdasarkan pengalaman seorang pelatih di Rumah
Bimbingan Raudhatus Sakinah yang pernah terjebak dengan perilaku seks bebas
mengakui beliau sering terpengaruh dengan rakan-rakan seperti ponteng sekolah
dan melepak bersama rakan-rakan. Apabila beliau sering terpengaruh dengan
rakan-rakan seperti ponteng sekolah dan melepak bersama rakan-rakan. Apabila semua
rakan-rakan mempunyai pasangan telah mendorong turut berpasangan yang mana
akhirnya berlaku perkara terkutuk iaitu perzinaan.
INSTITUSI KELUARGA
Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang
berperanan untuk mengembang dan membangunkan keturunan. Dalam hal ini,
ibu bapa berperanan menjaga, melindungi,
mendidik dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun,
institusi keluarga hari ini dilihat telah gagal memainkan fungsi yang
sewajarnya dalam membentuk generasi muda
yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih
menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup
positif. Tetapi ibu bapa kini terlalu lepas tangan berlepas tangan dalam
mendidik dan membimbing anak-anak. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam
member perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak
terjerumus dalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup
masing-masing. Akhirnya, berlakunya pelbagai keruntuhan moral
seperti lari rumah, bohsia, pelacuran, buang bayi, dan sebagainya. Walau
bagaimanpun, masyarakat hari ini kurang
kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau
masyarakat umum. (Zulkifly Ahmad, 2006).
Punca berlakunya pergaulan bebas.- DIRI SENDIRI
Penyebab utama berlakunya pergaulan
bebas ialah keinginan diri sendiri. Lazimnya
perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal lebih
mendorong seseorang melakukan seks bebas
tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut. Golongan remaja terutamanya
paling mudah terpengaruh dan sering
terdedah kepada unsure-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman
keras dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Dalam keadaan
demikian, jiwa mereka sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu
yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal sehingga boleh merosakkan
peribadi dan akhlak. Remaja terjerumus melakukan seks bebas kerana terlalu
mengikut kehendak naluri yang mahukan
kebebasan, lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikiran. (Ahmad Redzuan,
2003.).
Pandangan agama Islam mengenal pergaulan bebas
Islam memandang berat atas kesalahan pergaulan bebas yang juga
merupakan zina kerana mengundang pelbagai keburukan kepada pelakunya dan
masyarakat. Dalam Islam, zina merupakan perbuatan yang haram dan dosa besar.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud” Dan janganlah kamu mendekati zina.
Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah kaji dan suatu jalan yang buruk” Surah
AL-ISRAK-ayat 32. Dalam hadis riwayat Balhaqi, Rasulullah s.a.w bersabda
“hindarilah zina kerana ianya menimbulkan enam kesan buruk,, tiga di dunia dan
tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan,
menyebabkan pelakunya diazab, dihisab
secara dan ketat dan kekal di neraka”.
Berdasarkan ayat tersebut Islam
melarang segala perlakuan seksual di luar nikah mahupun seks bebas seperti
diamalkan oleh masyarakat Barat. Ini bagi menjaga kejelasan jalur keturunan
manusia dan mencegah daripada terjadinya pelbagai permasalahan akibat hubungan
jenis yang tidak teratur. Majoriti ulama fiqh mendefinisikan seks bebas sebagai
zina. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh ulama dan cendekiawan
Islam berkenaan seks sebagai zina. Imam al-Dasuki dari mazhab Maliki
mentafsirkan zina sebagai persetubuhan seorang mukallaf pada faraj manusia
tanpa hak milik padanya mengikut hokum dengan cara yang haram.( Paizah Haji
Ismail,1991).
Dalam Islam, seks adalah suatu yang suci, terpelihara dan menjamin
keharmonian sosial. Justeru dalam islam melakukan seks di luar pernikahan
adalah termasuk di dalam dosa yang besar. Ia merupakan jenayah yang membolehkan
pelakunya menerima hukuman yang berat
iaitu 100 kali sebatan kepada
yang masih bujang, kerana mereka tidak mempunyai saluran yang sah untuk
menyalurkan keinginan. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin akan dikenakan
hukuman rejam menurut majority ulama. Hukuman ini sebagai pengajaran kepada
mereka yang mencari sumber yang haram sedangkan mereka mempunyai jalan yang
halal. Oleh itu, perkahwinan yang diisyaratkan oleh Islam kepada umatnya
merupakan sebaik-baik jaminan untuk memelihara akhlak dan menjaga pandangan
serta memelihara kehormatan diri.
PERGAULAN BEBAS (Pengenalan)
Sejak akhir-akhir ini kes melibatkan masalah tingkah laku seksual remaja di Malaysia semakin membimbangkan. Pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks sebelum nikah semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia (Roslee Ahmad dan rakan-rakan,2008). Penularan gaya hidup barat ini menjadi ikutan dan kebanggaan generasi muda alaf baru . Apa tidaknya, hampir setiap hari di dada-dada akhbar seperti Harian Metro, Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia, kisah-kisah seperti ‘ritual seks di pantai,’ ‘pesta minum arak’, ‘gadisTop up’, ‘pengakuan gadis hilang dara’, ‘peristiwa ditangkap basah’, dan sebagainya menjadi paparan umum masyarakat. Golongan muda mudi kiri tidak lagi segan silu mendedahkan tubuh sehingga berani memaparkan aksi dalaman video klip di internet. Persoalannya, apakah remaja dan muda mudi di Malaysia kini menganggap bahawa perbuantan terlanjur atau perzinaan sehingga dua hingga tiga kali mengandung merupakan suatu budaya biasa dan ibu bapa perlu berfikiran terbuka untuk menerimanya? Maka benarlah, pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks sebelum nikah ini yang dahulunya menjadi ‘pantang larang’ mengikut nilai tradisi dan pegangan adat Melayu yang utuh, kini telah hilang dek ditelan arus moderisasi dan kecanggihan teknologi. Hafiz Firdaus (2007) menyebut, semua ini terjadi kerana kemungkinan terdapat segelintir masyarakat Melayu Islam Malaysia yang berpegang kepada Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam Bebas atau Islam Liberal. Justeru itu, jika penularan budaya Barat ini terus menular dari generasi kegenerasi, maka ia menjadi suatu ancaman sosial dan cabaran kepada pihak kerajaan untuk merealisasikan agenda Wawasan 2020. Ini kerana pembangunan negara yang makmur pada masa akan datang terletak dibahu golongan muda mudi seperti kata pepatah Melayu ‘pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara’.
Subscribe to:
Posts (Atom)